Saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26 sudah membuka tirai rasmi minggu lalu dengan 16 pasukan dari seluruh negara memperkemaskan skuad masing-masing dalam usaha merebut gelaran juara pada edisi kali ini.
Dengan peningkatan mutu permainan serta kehadiran bakat-bakat baharu yang semakin menyerlah, liga divisyen kedua negara ini bukan sahaja mencuri tumpuan peminat tempatan, malah menjadi platform penting bagi pemain muda membuktikan kemampuan mereka di peringkat lebih tinggi.
Bukan sahaja buat pemain muda, Liga A1 Semi-Pro juga menjadi medan buat bekas pemain-pemain ternama untuk kekal aktif dalam arena bola sepak negara sebelum menggantungkan but pada masa akan datang.
Antara pemain-pemain ternama yang kini beraksi dalam saingan Liga A1 adalah:
Norshahrul Idlan Talaha
Umur: 39 tahun
Posisi: Penyerang
Kelab semasa: Kelantan Red Warrior
Antara kelab terdahulu: UPB-MyTeam, Kelantan, JDT, TFC, Felda United, BG Pathum United, Sarawak United
Pencapaian: Liga Super (2011, 2012,2014), Piala Malaysia (2010, 2012), Piala FA (2012, 2018), Liga 1 Thailand (2020/2021).
Nazrin Nawi
Umur: 37 tahun
Posisi: Pemain sayap
Kelab semasa: Kelantan WTS FC
Kelab terdahulu: UPB-MyTeam, NSFC, JDT, Perak FC, Kelantan FC
Pencapaian: Liga Super (2014, 2015,2016), Piala FA (2016), Piala AFC (2015)
Hafiz Kamal
Umur: 38 tahun
Posisi: Tengah
Kelab semasa: Imigresen FC II
Kelab terdahulu: Pahang, Selangor, Perak, KL Rovers
Pencapaian: Piala Malaysia (2013, 2014), Piala FA (2014)
Mohamad Zamri Pin
Umur: 34 tahun
Posisi: Bek kiri
Kelab semasa: KDA FC
Kelab terdahulu: Felda United, PJ City, Penang, NSFC
Pencapaian: Liga Premier (2020)
Daryl Sham
Umur: 23 tahun
Posisi: Tengah
Kelab semasa: JDT II
Pencapaian: Liga Premier (2022), Piala MFL (2024/25)
Anuar Ceesay
Umur: 23 tahun
Posisi: Pemain sayap
Kelab: UM-Damansara United
Kelab terdahulu: Leatherhead FC, Badshot Lea FC (Liga Amatur England)
Patrick Ronaldinho Wleh
Umur: 35 tahun
Posisi: Penyerang
Kelab semasa: Seoul Phoenix
Kelab terdahulu: Sime Darby, PKNS FC, Selangor FC, PDRM FC, Sarawak United
Pape Diakite
Umur: 33 tahun
Posisi: Pertahanan
Kelab semasa: Kedah FA
Kelab terdahulu: Royal Antwerp, Police Tero, Ho Chi Minh City, TFC