fbpx
GAMBAR fail Steve Witkoff (kiri). - Foto AFP

Duta Khas AS tiba di Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Duta Khas Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff tiba di Moscow hari ini bagi bertemu dengan kepimpinan Russia ketika tarikh akhir Presiden Donald Trump untuk mengenakan sekatan baharu berhubung perang di Ukraine semakin hampir.

Trump sebelum ini memberi Russia tempoh sehingga esok untuk menghentikan serangan ke atas Ukraine atau ia berdepan sekatan baharu.

White House belum menggariskan tindakan khusus yang dirancang esok.

Namun, Trump sebelum ini telah mengancam untuk mengenakan tarif sekunder yang menyasarkan rakan dagangan Russia yang masih ada seperti China dan India.

Langkah itu bertujuan untuk menyekat eksport Russia. Namun, ia juga berisiko menyebabkan gangguan besar-besaran di peringkat antarabangsa.

Trump berkata semalam bahawa beliau akan menunggu hasil rundingan di Moscow sebelum mengambil sebarang tindakan ekonomi.

“Kita akan lihat apa yang berlaku. Kita akan buat keputusan pada masa itu,” katanya kepada pemberita.

Selepas tiba di Moscow, Witkoff disambut oleh Wakil Khas Presiden, Kirill Dmitriev, lapor agensi berita TASS.

Sumber dari Amerika tidak menyatakan sama ada pertemuan itu akan melibatkan Presiden Vladimir Putin yang sebelum ini beberapa kali bertemu dengan Witkoff.

Walaupun ditekan oleh Washington, Russia tetap meneruskan kempen ketenteraannya terhadap jirannya Ukraine yang pro-Barat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI