fbpx
Poster yang dimuat naik di Facebook Anwar.

Anwar ucap selamat ulang tahun ke-54 ABIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun ke-54 kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Beliau dalam kenyataan di Facebook berkata ABIM telah memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran dan idealisme generasi muda sejak penubuhannya pada 6 Ogos 1971.

Katanya, sebagai gerakan dakwah dan kebajikan yang berakar daripada semangat keilmuan dan keinsafan sosial, ABIM telah menjadi wadah penting dalam melahirkan pemimpin yang berintegriti dan berjiwa rakyat.

“Kerajaan mengiktiraf sumbangan besar ABIM dalam memperkukuh kefahaman Islam yang progresif, mendorong perubahan sosial yang adil, dan menjulang agenda pembangunan insan yang seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Selamat ulang tahun ke-54 kepada ABIM, moga terus menjadi suara moral umat, mendepani cabaran zaman dengan hikmah dan keberanian.

“Serta kekal menjadi rakan strategik negara dalam membina masa depan yang lebih saksama dan bermaruah untuk semua,” katanya.

ABIM adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Malaysia yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1971.

Ia berfungsi sebagai wadah gerakan pemuda Islam di Malaysia.

ABIM turut terlibat dalam pembinaan negara dan memainkan peranan di peringkat antarabangsa, khususnya dalam isu-isu yang melibatkan umat Islam di seluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI