BANGKOK – Seorang lelaki Thailand berusia 30 tahun menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh ibunya sebelum menimbus mayat mangsa menggunakan simen di dalam tab mandi, lapor akhbar Bangkok Post.
Kejadian berlaku di kejiranan Soi Kheha Romklao 27 di Bangkok semalam.
Polis menemukan mayat mangsa dikenali sebagai Woranan, dipercayai dalam lingkungan usia 70-an hingga 80-an di dalam bilik mandi rumahnya.
“Kami menemukan mayat Woranan di dalam tab mandi dengan sebahagian badannya tertimbus di bawah 50 helai pakaian yang dicampur simen,” kata polis.
Suspek menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuh ibunya semasa mereka bertengkar.
Dia mendakwa dirinya dikurung di dalam rumah dan tidak dibenarkan keluar oleh mangsa. – AGENSI