fbpx
Gambar Hiasan

Tetamu ‘tebal muka’ cari lauk di dapur nak ‘tapau’ bawa balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita menahan geram apabila kenduri diadakan di rumah ibunya turut dihadiri seorang tetamu yang ‘tebal muka’ apabila dia datang dengan membawa plastik untuk membungkus makanan.

Sikap tetamu tersebut diceritakan seorang pengguna Thread, sekali gus disifatkan tidak beradab apabila datang ke rumah orang untuk mengambil makanan kenduri serta dibawa pulang.

“Ada kenduri dekat rumah mak. Dah siap hidang makanan apa semua, tengah tunggu jemaah dari masjid datang, tiba-tiba ada seorang makcik ni berlari bawa plastik daridapur. ‘Simpan ni, karang tak ada untuk kita’.

“Aku yang terkenal mulut tak ada tapis ni ‘kenduri ni memang untuk jamu orang datang, bukan untuk tuan rumah, tak ada kang kita masak lain’. Geram betul lah perangai jenis nak ‘menapau’ makanan ni,” katanya pada hantaran berkenaan.

Pemilik akaun Thread itu berkata, tetamu tersebut hanya buat tidak tahu dan dia kemudiannya menyindir wanita berkenaan.

“Dia buat ‘keras’ je. Lepas tu aku cakap ‘mak, lain kali masak hantar semua rumah mak cik ni, senang kita buat kenduri untuk dia seorang makan’.

“Dia pergi kat tempat orang rewang tu bungkus makanan kat situ pula. Memang tebal ye muka dia,” marah pemilik Thread tersebut.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas dan rata-rata mereka turut menceritakan pengalaman sama berdepan tetamu tidak tahu malu.

“Memang wujud manusia jenis begini. Dia punya takut lauk habis dan ambil simpan dulu, mengalahkan tuan rumah,” komen seorang pengguna Thread.

“Anak buah sampai sorok lauk dalam bilik tidur, ada yang cari sampai ke dapur ye. Pada hal ada lauk kat luar untuk depa bungkus. Simpan untuk makan keluarga yang belum sampai,” kata seorang lagi individu.

“Masa kakak saya kahwin, ada kek tiga tingkat. Pengantin tak sempat potong lagi, satu biji dah kena bawa lari dengan mak cik,” ujar individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI