fbpx
Orang ramai menyaksikan pertembungan antara jerung dengan ikan pari. - Storyful

Pengunjung pantai terkejut lihat jerung lawan pari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TALLAHASSEE, FLORIDA – Pengunjung sebuah pantai di bandar Panama City Beach, Florida terkejut melihat seekor jerung bertarung dengan ikan pari di tepi pantai, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Insiden berlaku pada 31 Julai lalu ketika pengunjung mandi-manda di kawasan  pantai  Teluk Florida.

Rakaman video kejadian dikongsi di internet menunjukkan sirip jerung keluar dari permukaan air ketika haiwan itu menuju ke arah seekor ikan pari.

“Adakah jerung  itu  akan memakannya?” kata seorang pengunjung pantai.

Hanya beberapa meter dari jerung tersebut, seekor pari gergasi memecahkan permukaan ombak dengan siripnya yang berkilauan.

Selepas bergelut di kawasan air cetek, kedua-dua haiwan itu berenang di arah bertentangan.

Menurut ahli-ahli biologi, ia bukan sesuatu yang jarang berlaku apabila ikan jerung dan ikan pari ‘berkonfrantasi’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI