PETALING JAYA – “Kenapa makin banyak posting (hantaran media sosial) macam ni ya daripada geng-geng 80an? Perasaan sangat diri tu awet muda. Padahal kita tengok rupa memang dah sesuai sangat dengan umur, malah lagi nampak berusia.”
Itu antara luahan rasa tidak puas hati seorang individu terhadap trend golongan 80an yang gemar membuat hantaran di media sosial disifatkan berbaur ‘syok sendiri’ dan ‘perasan’ masih kelihatan muda walaupun sudah berusia 40an.
Kecaman wanita berkenaan mengundang pelbagai respons orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendapat jujurnya itu.
“Akak 41, tapi memang segan nampk posting jenis nak beritahu awet muda. Benda-benda macam ni jangan diberitahu, jangan ditanya. Biar orang yang sebut,” kata @iamcherodz.
“Terima kasih sis mewakili. Akhir-akhir ni banyak betul hantaran perasan macam ni. Kita pun dah nak 4 siri juga tapi tidak la nak buat hantaran perasan macam ni. ‘Syok sendiri’ ke apa,” ujar @aimieyazizan_2702.
“Setuju. Walaupun saya lahir tahun 80an, tapi saya pun dah mula rasa menjengkelkan bila tengok banyak betul hantaran macam ni,” kata pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE