fbpx
Gambar hiasan.

Bayaran i-Sejahtera Fasa 2 bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan komitmennya terhadap kebajikan rakyat menerusi pembayaran fasa kedua Program i-Sejahtera tahun ini yang akan mula dikreditkan secara Electronic Funds Transfer (EFT), bermula esok.

Menurut Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, seramai 9,405 penerima akan menerima manfaat berjumlah RM1,721,300 menerusi fasa kedua program tersebut.

”Pembayaran Fasa 2/2025 hanya akan dibuat kepada pemohon baharu yang mendaftar sebelum 30 Jun setiap tahun. Permohonan selepas tarikh itu akan diproses untuk Fasa 1/2026,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pecahan bayaran dan jumlah penerima untuk Fasa 2/2025 terdiri daripada penghargaan warga emas dengan 7,187 penerima berjumlah RM1,437,400.

”Bantuan Ibu Tunggal merangkumi 317 penerima berjumlah RM31,700, penghargaan suri emas kepada 1,280 penerima berjumlah RM128,000 dan bantuan OKU kepada 621 penerima berjumlah RM124,200.

Dalam pada itu, Siew Khim berkata, keseluruhan jumlah bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan negeri bagi Fasa 1 dan Fasa 2 dari Januari hingga Julai 2025 mencecah RM53.83 juta, membabitkan 285,816 penerima pelbagai kategori.

Katanya, maklumat lanjut berkenaan program i-Sejahtera boleh diperoleh dengan menghubungi Unit KEMARA di talian 04-650 5699 / 5700, atau hadir ke pejabat i-Sejahtera di Tingkat 44, Komtar, pada hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Orang awam juga boleh mendaftar secara dalam talian di laman web rasmi: https://isejahtera.penang.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI