fbpx
Tangkap layar menunjukkan wanita itu menuduh pemilik kedai mencuri dompetnya yang hilang. – Instagram

Tuduh pemilik kedai curi dompet, pelanggan akhirnya malu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat menerima kecaman ramai apabila menuduh seorang pemilik kedai mencuri dompetnya yang hilang, lapor portal berita NTV News kelmarin.

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @ jabodetabek24info menunjukkan wanita terbabit sedang berbelanja di dalam kedai sebelum beredar.

Selepas 30 minit, dia kembali ke premis tersebut dan memberitahu pemilik kedai bahawa dompetnya hilang.

Wanita itu memaksa pemilik tersebut untuk membuka semula kedainya demi mencari dompet yang hilang, namun ia tidak ditemukan. 

Situasi bertambah buruk apabila dia menengking dan menuduh pemilik kedai mencuri dompet tersebut.

Tidak lama kemudian, seorang penunggang motosikal muncul lalu mengembalikan dompet tersebut, menyebabkan wanita berkenaan segera memohon maaf atas perbuatannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI