fbpx
Keadaan Tasik Bukit Merah di Bukit Merah Laketown Resort dekat Bagan Serai, semalam.

Tasik Bukit Merah ‘nazak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Cuaca panas berpanjangan dan ketiadaan hujan di kawasan tadahan seluas 40 kilometer persegi di Tasik Bukit Merah di sini, menyebabkan paras air menyusut dengan ketara sehingga menjejaskan kawasan pelancongan serta aktiviti pertanian di sekitar daerah Kerian.

Tinjauan Kosmo! mendapati, air tasik surut sehingga menampakkan bongkahan kayu serta tunggul balak yang sebelum ini tersembunyi di dasar tasik.

Di Jeti Nelayan Kampung Selamat, air menyusut sejauh 1.3 kilometer, manakala di Bukit Merah Laketown Resort, penyusutan air mencecah sehingga 383 meter berbanding hanya 139 meter minggu lalu.

Sementara itu, kakitangan Pulau Orang Utan kini terpaksa menggunakan kayak untuk menghantar makanan kepada haiwan tersebut ekoran bot yang biasa digunakan tidak lagi boleh digunakan ekoran air semakin cetek.

Seorang pengunjung resort, Mohd. Syahid Mohd Fikri, 36, berkata, cuaca panas yang berlarutan di kawasan hulu seperti Selama dan Batu Kurau dengan suhu harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius memburukkan lagi keadaan.

“Aliran air dari kawasan seperti Ijok, Pantai dan Paya Besar di Batu Kurau juga semakin cetek menyebabkan tiada limpahan air ke Tasik Bukit Merah.

“Dua kali solat istisqa dilakukan minggu lalu di Tebuk Panchur dan Jeti Kampung Selamat, namun hujan masih belum turun,” katanya kepada Kosmo!, di sini semalam.

Menurutnya, paras bacaan air tasik kini jauh lebih rendah dari paras normal iaitu di bawah paras 6.01 meter dan jika berlarutan, bekalan air mentah ke Loji Rawatan Sungai Rawa mungkin terhenti sekiranya bacaan paras air menurun sehingga 5.18 meter berdasarkan prosedur operasi standard Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI