fbpx
LYLES (tengah) menoleh ke arah Bednarek sebelum menamatkan aksi yang dianggap sebagai perbuatan mengejek. - AFP

Pelari AS bengang kena ejek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EUGENE – Pelari pecut Amerika Syarikat (AS), Kenny Bednarek melabel tindakan juara Olimpik 100 meter, Noah Lyles sebagai ‘tidak beretika’ selepas tewas dalam aksi tegang acara 200 meter di Kejohanan Olahraga Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Insiden panas itu berlaku di Litar Hayward Field apabila Lyles menoleh memandang Bednarek beberapa meter sebelum garisan penamat seolah-olah mengejek ketika melakukan catatan terbaik dunia tahun ini, 19.63 saat.

Tindakan itu mengundang kemarahan Bednarek yang kemudian menolak belakang Lyles selepas tamat perlumbaan.
“Itu perbuatan tidak beretika dan saya tidak layan benda macam tu. Saya tidak terima perkara sebegitu. Ia menunjukkan karakter yang tidak baik.

“Kalau dia mahu pandang saya macam itu, terpulang. Tapi, kita akan berentap semula bila kedua-dua dalam keadaan baik dan kita tengok siapa menang kerana saya sangat yakin boleh kalahkan dia,” tegas Bednarek.

Bednarek yang sebelum ini meraih tiga perak 200m di kejohanan utama, bertekad membalas dendam di Kejohanan Dunia di Tokyo bulan depan.

Sementara itu, Lyles memilih untuk tidak mengulas mengenai pertikaian tersebut atas arahan jurulatih, namun menganggap kemenangan tersebut memberi keyakinan tinggi untuk mempertahankan gelaran dunia 100m dan 200m.

“Kalau mereka tak mampu kalahkan saya sekarang, mereka takkan mampu kalahkan saya bila-bila pun.Saya nampak semua yang saya perlukan dalam latihan, jadi saya cuma tunggu untuk ia diterjemahkan di trek,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI