fbpx
Urusan menghantar dan mengambil anak di sekolah perlu mengikut giliran supaya dapat melancarkan aliran trafik. – GAMBAR HIASAN

Ibu bapa berebut-rebut parkir depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang

Setiap kali waktu balik sekolah, hati saya menjadi panas, bukan sebab penat menunggu anak, tetapi perangai segelintir ibu bapa yang tidak sabar dan mementingkan diri.

Ini kerana ada ibu bapa yang suka berebut-rebut mahu meletakkan kenderaan betul-betul di hadapan sekolah sehingga mengganggu pengguna lain.

Kebiasaannya, ibu bapa yang lebih prihatin akan menunggu di kawasan yang dibenarkan dan mengambil anak masing-masing mengikut giliran.

Malah ada ibu bapa yang memandu kereta tiba-tiba ‘selamba’ memotong kenderaan lain dalam keadaan berbahaya apabila hampir sampai di hadapan pintu pagar sekolah.

Alasan yang diberikan, ingin cepat! mengambil anak.

Lebih menyedihkan, mereka akan mudah melenting dan marah apabila ditegur.

Kadangkala, berlaku pertengkaran mulut selain ‘perang’ hon yang tidak henti-henti di kawasan sekolah.

Anak-anak yang melihat gelagat ibu bapa pula yang menjadi takut.

Mereka tengok ibu bapa sendiri berperangai samseng di atas jalan raya, hilang sabar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Inikah contoh atau imej yang kita mahu tunjukkan pada anak-anak kecil?

Saya harap pihak sekolah dan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas.

Buat sistem giliran trafik yang lebih kemas serta teratur di kawasan sekolah

Tempatkan pengawal bagi mengawal keadaan trafik atau polis trafik bagi mengeluarkan saman kepada mereka yang suka memotong Q.

Bapa Tunggal
Lembah Klang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN