JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengundang perhatian pengguna media sosial apabila dirakam cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video kejadian yang dikongsikan di platform TikTok menunjukkan wanita terbabit sedang menunggang motosikal dengan memakai topi keledar.
Namun ketika ditahan polis, dia segera mengelak anggota terbabit dan meneruskan perjalanan.
Dia bukan sahaja mengelak daripada seorang anggota, bahkan tiga orang.
Rakaman itu mencatatkan lebih 252,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kuasa seorang ibu,” kata seorang netizen.
“Polis tak kejar sebab tahu kalah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI