fbpx
Tangkap layar klip video yang memaparkan keadaan bas selepas terbabit dalam kemalangan semalam.

[VIDEO] Eh anak aku, anak aku..

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ‘Eh anak aku, anak aku, aduhh anak aku..

Demikian reaksi cemas seorang ibu apabila melihat bas yang dinaiki anaknya yang menyertai lawatan terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Persiaran Universiti 1 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang semalam.

Berdasarkan klip video yang kongsi, kejadian tersebut berlaku semasa kenderaan wanita tersebut berada di hadapan bas malang itu.

Kelihatan bas tersebut telah hilang kawalan dengan sendiri sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok di laluan tersebut.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit terus memberhentikan kenderaan lalu dan keluar untuk mendapatkan anaknya yang berada di dalam bas terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penggna meninggalkan pelbagai komen tentang kejadian tersebut termasuk memuji tindakan ahli keluarga yang turut mengikuti rombongan itu dengan kenderaan sendiri.

“Bagus juga mak ayah ikut dekat dengan bas, apapun berlaku boleh selamatkan anak-anak cepat. Tengok kereta akak ni pun tak laju, memang bas tu sentiasa dalam pandangan dia dan sentiasa dia ‘alert’,”tulis @SM1991.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @.Riza74.

“Alhamdulillah saya antara yang awal dapat bantu anak-anak pasti ni keluar dari bas pada kejadian ini. Alhamdulillah keadaan anak semuanya baik hanya beberapa orang anak-anak yang cedera ringan,”kongsinya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 12.18 tengah hari semalam, seramai 30 murid Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ampang serta lima orang guru dalam perjalanan dari kilang coklat Beryl’s menuju ke G2G Animal Garden di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Kejadian tersebut menyebabkan seorang guru dan tiga murid mengalami cedera ringan pada bahagian kepala akibat terhantuk.-KOSMO! ONLINE

@ohbulanofficial Menurut laporan, bas tersebut membawa 30 murid dan lima guru PASTI. Sumber: redzuannewsmpb #ohbulan #terkini #bas #upm #serdang #guru #pasti ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI