fbpx
Keadaan motosikal ditunggang Mohd. Shahizal (gambar kecil) selepas bertembung sebuah trak pikap di Yaha, Wilayah Yala semalam.

Peserta konvoi maut, motosikal bertembung trak pikap di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NARATHIWAT, THAILAND – Seorang rakyat Malaysia yang menyertai konvoi motosikal berkuasa tinggi ke ‘Bikers Week’ di Betong maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah trak pikap di Yaha, Wilayah Yala dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd. Shahizal Kamal, 47, yang menunggang motosikal jenis Suzuki GSX-S750 meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Yala.

Mangsa dikatakan hilang kawalan ketika melalui sekatan jalan raya di kawasan pusat pemeriksaan pasukan keselamatan sebelum bertembung dengan trak pikap terbabit.

Lelaki yang berasal dari Pulau Pinang itu menyertai konvoi motosikal ke Betong sebelum kumpulan konvoi melancong di Wilayah Yala.

Sementara itu, Konsul Malaysia di Songkhla, Sohaimi Ahmad berkata, jenazah Mohd. Shahizal dibawa pulang ke Pulau Pinang hari ini dan pihaknya memudahkan urusan keluarga mangsa melintasi sempadan di Betong-Pengkalan Hulu.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang menunggang motosikal berkuasa tinggi di Selatan Thailand diingatkan supaya tidak membawa terlalu laju kerana terdapat banyak sekatan jalan raya.

“Jalan raya di Selatan Thai terutamanya di Wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani ketika ini sibuk dengan trak pikap termasuk lori yang membawa pelbagai barangan khususnya buah-buahan.

“Di media sosial, penduduk di tiga kawasan itu mendakwa segelintir penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia kerap menunggang melebihi had laju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI