JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan situasi penduduk di Medan, wilayah Sumatera Utara berpusu-pusu membeli ratusan motosikal yang rosak akibat banjir, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @Endufor menunjukkan beratus-ratus motosikal jenis Yamaha NMX ditenggelami banjir.
Motosikal itu dijual pada harga antara 15 juta rupiah (RM3,900) hingga 20 juta rupiah (RM5,200), jauh lebih murah berbanding harga pasaran iaitu 48 juta rupiah (RM12,500).
Meskipun bahagian luar kelihatan rapi, enjin dan elemen lain dipercayai rosak kerana dimasuki air.
Ada antara mereka yang sanggup beratur dari awal pagi untuk membeli motosikal tersebut.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Memang murah tetapi berisiko,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI