WASHINGTON – Sebuah anak patung Labubu edisi terhad dijual pada harga AS$10,500 (RM44,900) di laman e-dagang, eBay, lapor akhbar New York Post semalam.
Jualan tersebut menjadikannya permainan termahal yang pernah dijual di platform online.
Dinamakan The Monsters x Vans Oldskool Vinyl Plush Doll, patung itu dilancarkan pada 2023 selepas syarikat Pop Mart berkolaborasi dengan jenama kasut terkenal, Vans.
Produk itu dijual semula pada harga AS$10,500, jauh lebih mahal berbanding harga asal iaitu AS$85 (RM360).
Selain memakai kasut ikonik Vans, ia dilengkapi baju dan topi dengan tulisan ‘The Monsters’.
Populariti anak patung itu cukup hebat sehingga mencetuskan rusuhan di kedai. Ada antara pelanggan terumanya kalangan pengumpul sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan Labubu.
Pada tahun lalu, sebuah anak patung Labubu dikenali sebagai ‘Catch Me If You Like Me’ dijual pada harga AS$2,000 (RM8,600) di platform sama. – AGENSI