fbpx
Gambar hiasan.

‘Kalau RM1 sehari, baik kau duduk di hospital seumur hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang individu yang mempersoalkan caj rawatan di sebuah hospital kerajaan mengundang kemarahan orang ramai.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, individu tersebut berang apabila dia dikenakan caj sebanyak RM58 selepas mendapatkan rawatan selama empat hari di wad.

Jelas individu terbabit, sebelum ini dia menganggap rawatan di hospital percuma dan hanya dikenakan RM1.

“Aku ingat hospital kerajaan ini free (percuma). Rupanya kena bayar mahal pula tu. Aku memang tak kerja kerajaan. Masuk wad empat hari sebab pneumonia RM58 terbang duit aku.

“Rupanya selama ini aku digula-gulakan orang dok kata hospital kerajaan RM1. Kalau aku tahu takdenya aku setuju nak masuk wad. Biar aku baik sendiri,”luah individu terbabit.

Hantaran individu terbabit.

Bagaimanapun, hantaran individu tersebut telah mendapat kecaman pengguna media sosial yang rata-rata bengang dengan perkongsian terbabit.

“Kalau sehari RM1 baik kau duduk hospital seumur hidup je. Sebulan bayar RM30 kalau setahun baru RM365,”tulis Rizuan Syah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Suhara Beegum Yusoff.

“RM58 tu tersangatlah murah dik, Alhamdulilah. Di Malaysia saja tau, di negara lain mati katak di tepi jalan… Lagi-lagi di US (Amerika Syarikat) syukur sangat-sangat,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI