fbpx
CKLAMOVSKI menganggap pemain di Liga A1 tetap memiliki peluang untuk menyarung jersi kebangsaan sekiranya menunjukkan kriteria yang diharapkan.

Cklamovski sudah nyatakan kesediaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JANGKAAN peningkatan tahap kompetitif saingan Liga A1 Semi Pro menghadirkan keterujaan buat pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovkski untuk memantau lebih ramai pemain bagi sertai kem latihan pusat bulan depan.

Walaupun Liga A1 Semi Pro berkelas amatur, Cklamovski nyata teruja dengan perkembangan semasa pertandingan itu dan menganggap semua pemain yang terlibat tetap mempunyai peluang menyarung jersi kebangsaan.

“Ya, 100 peratus dan ia menjadi perkara yang cukup penting buat kami. Saya percayakan pemain Malaysia dan saya fikir negara ini memiliki ramai bakat, namun masih ada beberapa perkara yang perlu dibaiki.

“Saya harap pemain memiliki mentaliti yang tepat di mana mereka kena sentiasa menunjukkan keinginan dan setiap hari mereka perlu ada kemahuan untuk jadi lebih baik. Seperti saya katakan, saya tidak sabar untuk menyaksikan lebih banyak perlawanan,” katanya.

Sebelum ini bekas pemain kebangsaan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Dollah Salleh kuota untuk mewakili negara tidak hanya eksklusif buat pemain diLiga Super sebalikya pemain di Liga A1 Semi Pro wajar dipertimbangkan.

Dollah berpendapat tidak kiralah dimana platform pertandingan, sekiranya ada yang beraksi baik dan memenuhi keperluan pasukan, Cklamovkski pasti mempunyai asas membawa masuk pemain berkenaan ke skuad negara.

“Saya harap ia akan menjadi perlawanan yang menarik untuk disaksikan,” kata Cklamovski yang turut berharap dapat mengenalpasti bintang bawah 23 tahun untuk dibawa ke skuad senior Harimau Malaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI