fbpx
Fadhlina (dua dari kiri) menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Pengkalan Chepa di Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Bendera terbalik: Tidak sepatutnya berlaku ketika menuju Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kementerian Pendidikan (KPM) menyelar insiden pemasangan Jalur Gemilang terbalik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua dekat Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, insiden itu tidak sepatutnya berlaku ketika negara menuju ke Hari Kebangsaan dan pihaknya sedang menunggu siasatan penuh sebelum sebarang tindakan diambil

“Kita sudah banyak kali memberi peringatan mengenai tanggungjawab, sensitiviti dan komitmen mengenai Jalur Gemilang.

“Ketika negara menuju ke Hari Kebangsaan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Segala tindakan akan dijalankan selepas kita menerima laporan penuh berhubung kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid Tingkatan Enam Semester 1 2025 di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, SJKC Chung Hua memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat susulan insiden pemasangan bendera Jalur Gemilang secara terbalik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI