fbpx
Gambar hiasan

Tarif air: Air Selangor disaran beri taklimat khas bagi PBT, komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) disaran memberi taklimat khas mengenai pelarasan tarif air baharu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin setempat dan peniaga di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran pengguna mengenai pelaksanaan berkenaan.

Jelas beliau, kesedaran mengenai penggunaan air secara cekap turut melibatkan PBT dan agensi kerajaan yang boleh menjalankan program pendidikan pengguna di semua peringkat.

“Air Selangor disaran menganjurkan taklimat dan kursus kepada PBT, ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), komuniti dan peniaga.

“Kempen itu penting supaya mesej penggunaan air secara bijak ini dapat disampaikan lebih meluas termasuk di sekolah menerusi kerjasama dengan Jabatan Penerangan,” katanya pada program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Selangor di Pantai Redang, Sekinchan di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan tarif air baharu bagi 9.3 juta penduduk di Lembah Klang dan Selangor yang melibatkan hampir 2.8 juta pemilik akaun akan bermula 1 September depan.

Namun, kadar asas bagi domestik di bawah 20 meter padu kekal pada 65 sen semeter padu dengan penyelarasan kali terakhir dibuat pada Ferbruari tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI