fbpx
MANTAN Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed (tengah) mahu reputasi Pestabola Merdeka dijaga bagi mengelak pertandingan itu hilang prestij.

Prestij Pestabola Merdeka harus dijaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pestabola Merdeka tidak boleh ditangguhkan terlalu lama hingga menyebabkan pertandingan itu hilang seri dan tidak lagi mampu menepati prestij selaku pertandingan jemputan tertua di rantau ini.

Mantan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, berkata segala kata putus untuk menganjurkan Pestabola Merdeka harus selari dengan kehendak jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovkski.

“Saya sebenarnya tidak pasti sebab apa Pestabola Merdeka tidak diadakan, mungkin FAM mempunyai perancangan sendiri. Mungkin kalau main setiap tahun tidak meriah dan saya fikir biarlah selepas tiga atau empat tahun kita buat balik.

“Kalau mengikut peribadi saya, itu antara yang bagus jugalah kalau nak kekalkan Pestabola Merdeka kerana mungkin kaedah penganjuran sekarang sudah lain. Jurulatih mungkin ada perancangan sendiri, jadi setiap pertandingan mesti mendapat nasihat daripada jurulatih apa dia nak buat,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Piala Emas Raja-Raja (PERR) edisi ke-103, hari ini.

Sebelum ini, kejohanan itu pernah tidak dianjurkan selama 10 tahun sebelum ia diwujudkan kembali pada 2023 yang mana pengajurannya turut berjaya menarik minat penyokong bola sepak tanah air.

Pada edisi tahun lalu, Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka selepas menewaskan Lebanon 1-0 di pentas akhir, sekali gus menebus kekecewaan bergelar naib juara pada 2023.

Mengulas mengenai penganjuran PERR kali ini, Mohd Firdaus menjelaskan 14 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

“Satu pasukan jemputan adalah Bomba dimana agensi itu juga adalah antara penaja kita. PERR tidak menganggu perjalanan Liga A1 Semi Pro dan A2. Lagi banyak pertandingan, lagu bagus untuk kita mencari bakat baharu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI