fbpx
Gambar hiasan.

Duit simpanan RM57,290 lesap dikebas ‘pegawai’ Bank Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila wang simpanan yang dikumpul selama berpuluh tahun berjumlah RM57,290 lesap selepas terjerat helah individu yang menyamar pegawai Bank Negara.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, mangsa yang berusia 69 tahun mendakwa menerima khidmat pesanan ringkas daripada seorang individu tidak dikenali.

Katanya, kerana terlalu percaya dengan kata-kata suspek, mangsa memberikan maklumat aplikasi perbankan online kepada individu terbabit semalam.

“Apabila berjaya mendapat akses, suspek segera memindahkan wang dari akaun mangsa berjumlah RM57,290 ke dalam akaun keldai. Tidak lama kemudian, mangsa mendapati kesemua wang simpanan dalam akaunnya sudah tiada,” katanya hari ini.

Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI