fbpx
PEMAIN pertahanan, Kamil Akmal (kanan) dijangka akan memainkan peranan besar kepada cabaran Kedah FA dalam saingan Liga A1 Semi Pro, musim ini.

Misi bawa Kedah FA ke tahap lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

ALOR SETAR – Pertahanan Kedah FA, Kamil Akmal Abdul Halim tidak pernah luntur semangat untuk membantu pasukan raih keputusan positif musim ini.

Walaupun pasukan hanya bermain di pentas Liga A1 Semi Pro, impiannya dan semua pemain kekal sama iaitu memastikan kemenangan sekaligus mampu mengembalikan reputasi negeri itu dalam arena bola sepak negara.

“Bagi saya, selagi bermain bola tiada perbezaan sama ada di Liga Super atau Liga A1 Semi Pro. Yang penting, kita berjuang demi pasukan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Sultan Abdul Halim, semalam.

Anak kelahiran Jitra itu menegaskan Kedah FA memiliki skuad yang agak baik yang mampu menghadirkan cabaran kepada mana-mana pasukan dalam saingan musim ini.

“Mereka (pemain import) ada kelebihan daripada segi fizikal, kemahiran dan saya yakin kehadiran mereka akan bantu meningkatkan prestasi pasukan.

“Saya juga teruja dapat kembali beraksi di hadapan penyokong negeri sendiri. Ini peluang untuk saya berikan yang terbaik dan bantu Kedah FA pergi lebih jauh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI