fbpx
GAMBAR fail penumpang beratur di Lapangan Terbang Antarabangsa El Prat, Barcelona. - Foto AFP

Ibu bapa tinggal anak di lapangan terbang untuk pergi bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Sepasang suami isteri didakwa meninggalkan anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun di sebuah lapangan terbang di Sepanyol untuk pergi bercuti, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut seorang pekerja di lapangan terbang, ibu bapa itu bertindak demikian selepas menyedari pasport anak mereka telah tamat tempoh

Pasangan itu meninggalkan anak mereka seorang diri di Lapangan Terbang Antarabangsa El Prat, Barcelona pada Rabu lalu.

Ibu bapa itu telah mengatur agar seorang saudara mengambilnya supaya mereka tidak terlepas penerbangan.

Insiden itu didedahkan oleh seorang penyelaras trafik udara lapangan terbang tersebut. Dia  membuat rakaman video dan menyiarkan kejadian itu di platform TikTok.

Kakitangan lapangan terbang yang menemui kanak-kanak tersebut berseorangan, segera memaklumkan kepada polis.

Pasangan itu kemudian berjaya dikesan dan dibawa ke balai polis lapangan terbang di mana anak mereka berada. 

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka telah ditahan atau tidak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN