ASSALAMUALAIKUM, apabila artis terkenal diceraikan oleh suaminya, terdapat suara-suara yang memuji kecantikannya dan ada bagi ‘hint’ atau ‘lock’ untuk melamarnya. Persoalannya, adakah wanita tersebut tidak lagi terikat dengan suaminya ketika tempoh idah sehingga membolehkan mana-mana lelaki bagi ‘hint’? Bolehkah seseorang wanita menerima lamaran lelaki lain tanpa menunggu idahnya habis? JAWAPAN: Apabila seorang lelaki ingin melamar wanita untuk dijadikan isteri, perkara yang perlu dititikberatkan adalah mengenal pasti status wanita tersebut sama ada bebas daripada ikatan perkahwinan atau masih berada dalam tempoh…