fbpx
Dua anggota Maritim terjun memantau situasi kapal asing 'Flying Dutchman' yang menceroboh perairan negara baru-baru ini.

Flying Dutchman ceroboh Malaysia tangkap ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Netizen digemparkan dengan penularan rakaman sebuah kapal nelayan asing dipercayai dari negara jiran yang menceroboh masuk ke perairan Malaysia baru-baru ini.

Lebih mencuri perhatian, kelibat kapal dari kejauhan kelihatan ‘terapung’ di udara seakan-akan kapal hantu legenda, The Flying Dutchman.

Situasi itu membuatkan orang ramai terkesima dan meremang bulu roma melihatnya.

Rakaman berdurasi 57 saat yang dimuat naik di TikTok memaparkan aksi berani anggota Maritim Malaysia (APMM) ketika menghampiri tongkang berkenaan.

Dalam misi dramatik itu, dua anggota dilihat terjun ke arah kapal asing tersebut bagi menahan kru yang dipercayai melakukan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan negara.

“Memang berani pasukan kita… Tabik !” kata Zuraimee.

“Jangan pandang ringan. Kalau biar, habis hasil laut kita dibolot mereka,” komen Zarn.

“Respect Maritim memang hati kering la. Dua orang je lompat buat check (pemeriksaan),” kata Pantalonalagend.

Video insiden ini terus menjadi perbualan hangat di media sosial, bukan sahaja kerana keberanian anggota keselamatan, malah penampilan kapal yang persis Flying Dutchman yang jarang sekali dapat disaksikan di perairan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI