fbpx
KEADAAN lori yang terlibat kemalangan dengan enam kenderaan lain di Kilometer 234.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara antara Kuala Kangsar dan Changkat Jering, hari ini.

Trafik sesak 14km, lori langgar belakang enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – Sebanyak tujuh kenderaan termasuk sebuah lori muatan daging terlibat kemalangan di Kilometer 234.0, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu hilang kawalan lalu melanggar belakang enam kenderaan lain.

Nahas sekitar pukul 11 pagi antara Kuala Kangsar dan Changkat Jering itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

Plus Malaysia Berhad (PLUS) menerusi aplikasi X memaklumkan, kemalangan itu mengakibatkan kesesakan bagi kedua-dua arah apabila laluan arah utara ditutup sementara bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan.

“Laluan arah utara sesak14 kilometer, manakala selatan sejauh 13km. Setakat pukul 4.13 petang ini, laluan arah utara masih ditutup berikutan kerja-kerja pengalihan kenderaan sedang dijalankan.

“Laluan kontra masih diaktifkan di lokasi. Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pengawal dan papan tanda trafik di lokasi kejadian selain menggunakan laluan alternatif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI