fbpx
Gambar hiasan

RMK13: RM67 bilion diperuntuk bagi sektor pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan memperuntukkan RM67 bilion bagi sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Beliau berkata, peruntukan itu merangkumi pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Katanya, ia turut merangkumi pembangunan fasiliti dan kemudahan di institusi pengajian tinggi awam bagi memastikan kualiti pendidikan negara terus ditingkatkan.

“Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu.

“Manakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI