fbpx
Gambar hiasan

RMK13: Malaysia sasar jadi peneraju AI menjelang 2030 – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia menetapkan sasaran untuk muncul sebagai negara peneraju dalam bidang kecerdasan buatan (AI) yang inklusif dan mampan menjelang 2030.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan menyasarkan Malaysia menjadi hab serantau bagi inovasi teknologi digital serta pengeluaran produk dan perkhidmatan berjenama “Made by Malaysia”.

“Ketika ini, peluang generasi yang ditawarkan oleh AI terbentang di hadapan kita dan tidak boleh dilepaskan.

“Malaysia telah merangka halatuju yang jelas untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam bidang AI, teknologi digital dan industri tenaga boleh diperbaharui dengan aspirasi untuk menjadi pemain utama di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI