fbpx
GAMBAR HIASAN

RMK13: Eksport halal sasar cecah RM80 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR, – Malaysia menyasarkan peningkatan nilai eksport halal negara kepada RM80 bilion dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), dengan sumbangan industri Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka meningkat kepada 11 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sasaran itu seriring dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia serta pembangunan Taman Perindustrian Halal (Halal Industrial Park) di beberapa negeri termasuk Melaka, Perak dan Kelantan.

“Langkah ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri halal global, selain meningkatkan daya saing sektor ini di pasaran antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, pengukuhan ekosistem halal negara akan membuka peluang pelaburan lebih besar, sekali gus menjana pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI