fbpx
Gambar hiasan.

Bayi maut di kondo: Ibu bapa angkat direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri iaitu ibu bapa angkat seorang bayi perempuan yang ditemui maut di sebuah kondominium, di sini, semalam, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, kedua-dua suspek direman sehingga 6 Ogos ini.

“Ibu kandung bayi berkenaan merupakan seorang wanita warga Indonesia.

“Bayi itu dipercayai diserahkan kepada suspek sejak 18 Jun lalu sebelum ibu kandungnya pulang ke Indonesia,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Sebelum ini, Mohamed Usuf mengesahkan menerima laporan laporan berhubung kejadian daripada bapa angkat bayi itu kira-kira pukul 9.34 malam, semalam.

“Lelaki itu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tanpa sebab yang diketahui.

“Polis telah ke rumah pasangan tersebut dan mendapati mangsa berada di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan penuh lebam di badan,” katanya.

Mohamed Usuf berkata, kedua-dua suspek berusia 38 dan 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI