KUALA LUMPUR – Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan ditemukan mati dengan kesan lebam pada badan di sebuah kondominium, di sini, semalam.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa angkat bayi itu pukul 9.34 malam.
“Lelaki itu memaklumkan anak angkatnya tidak sedarkan diri di rumah tanpa sebab yang diketahui.
“Polis telah ke rumah pasangan tersebut dan mendapati mangsa berada di ruang tamu dalam keadaan kebiruan dan penuh lebam di badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kedua-dua suspek berusia 38 dan 50 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
“Permohonam reman akan dipohon hari ini ke atas kedua-dua suspek. Mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz bagi bedah siasat,” katanya. – KOSMO! ONLINE