fbpx
Polis mengeluarkan mayat kanak-kanak itu di lokasi kejadian.

‘Tak sangka ini terjadi, lihat bagaimana rupanya berubah dijerut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas wanita tidak dapat menahan sebak apabila melihat wajah cicitnya yang berusia enam tahun dipercayai dijerut sehingga mati dan tertimbus tanah sejak beberapa hari lalu.

Moyang kepada kanak-kanak itu yang enggan dikenali berkata, dia tidak dapat menggambarkan penderitaan dilalui cicitnya yang diperlakukan seumpama itu hingga rupa asalnya berubah.

Katanya, dia terkilan dengan nasib menimpa cicitnya itu apabila menerima berita duka malam tadi.

“(Mendiang) merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan manja, dia petah berbahasa Inggeris dan memanggil saya dengan gelaran pai patti atau periya patti (moyang).

“Saya tidak menyangka ini akan terjadi terhadapnya, lihat bagaimana rupanya berubah. Saya akan merindui celotehnya kanak-kanak penyayang ini.

“Saya tidak tahu berapa lama dia tertimbus dalam tanah, sanggup ada insan yang melakukan perkara itu. Tidak sangka ini pengakhiran buatnya yang dibawa bapanya keluar rumah,” katanya ketika ditemui pemberita, malam tadi.

Saudara mara, keluarga terdekat mendiang berkumpul di kediaman neneknya di Jalan Rimbun, Bandar Seri Alam, Masai di sini, sejak pukul 7 malam semalam.

Bagaimanapun, kehadiran petugas media yang berada berhampiran rumah itu tidak disenangi oleh keluarga mendiang dan memohon tidak membuat sebarang liputan.

Difahamkan upacara pengebumian akan diadakan mulai pukul 8 pagi ini dan mendiang akan dibawa ke krematorium hindu di Jalan Kebun Teh di sini pada pukul 10.30 pagi bagi upacara pembakaran mayat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI