fbpx
Rakaman dikongsikan oleh Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Russia hari ini menunjukkan bandar Severo-Kurilsk dilanda tsunami. - AFP

Tsunami 5 meter hentam bandar Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW– Tsunami yang menghentam bandar Severo-Kurilsk di Russia, melepasi ketinggian 3 meter dengan ombak paling kuat setinggi 5 meter, lapor agensi berita Ria Novosti hari ini.

Ria Novosti melaporkan, kawasan pelabuhan di Severo-Kurilsk ditenggelami empat gelombang tsunami yang menyusul selepas gempa bumi mega bermagnitud 8.8 menggegarkan Timur Jauh Russia awal hari ini.

Amaran tsunami turut dikeluarkan untuk Filipina, Indonesia hingga sejauh Ecuador.

Akhbar Russia, Izvestia menyiarkan rakaman video di laman sosial memaparkan kerosakan pada sebuah kilang memproses makanan laut di Severo-Kurilsk iaitu sebuah bandar di Kepulauan Kurik.

Menurutnya, kerosakan itu berpunca daripada ombak tsunami. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI