fbpx
Micheal Chong (tengah) bersama Lim (dua dari kanan) pada sidang akhbar di Wisma MCA, hari ini.

Roy bukan pekerja Micheal Chong, peniaga rugi RM5,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga lelaki berusia 37 tahun berputih mata RM5,500 selepas ditipu seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Roy serta mendakwa bekerja dengan syarikat milik Datuk Seri Michael Chong.

Mangsa, Lim dari Negeri Sembilan berkata, lelaki terbabit menghubunginya melalui telefon selepas dia gagal melunaskan hutang along berjumlah RM25,000 pada Mei lalu.

Katanya, Roy menawarkan khidmat kononnya untuk membantu menyelesaikan hutang tersebut dan mendakwa mampu mengurangkan kadar faedah pinjaman, namun mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 25 peratus.

“Mereka mengarahkan saya membuat bayaran pembukaan akaun berjumlah RM500 pada 6 Julai lalu yang dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat bernama Adelash Ventures.

“Pada 11 Julai, Roy meminta saya membuat tambahan bayaran RM5,000 lagi kononnya bagi meneruskan proses penyelesaian hutang.

“Saya membuat dua transaksi ke akaun syarikat sama seperti diarahkan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Menurut Lim, selepas hampir dua bulan, hutang tersebut langsung tidak dijelaskan seperti yang dijanjikan.

“Lebih mengejutkan, Roy dipercayai menggunakan maklumat peribadi saya untuk menimbulkan perselisihan dengan along terbabit,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Persatuan Cina Malaysia, Datuk Seri Michael Chong, menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada apabila didekati untuk urusan perniagaan, khususnya oleh individu yang menggunakan gelaran meragukan.

“Itu bukan pembantu peribadi saya, sebaliknya hanya penipu semata-mata,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Seremban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI