fbpx
Tangkap layar menunjukkan beberapa ekor ikan paus Beluga yang terdampar di tepi pantai kawasan Kamchatka, Russia.

Paus Beluga terdampar selepas amaran tsunami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa ekor ikan paus Beluga dilaporkan muncul dan terdampar di tepi pantai selepas amaran tsunami dikeluarkan di kawasan Kamchatka, Russia, hari ini.

Menerusi sebuah video tular di media sosial, kelihatan mamalia laut itu muncul dan terdampar di pesisir pantai dipercayai akibat perubahan tekanan air atau gangguan gelombang bawah laut.

Kejadian tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas para nelayan yang berada di kawasan berhampiran mereka memastikan sentiasa basah dan selamat sehingga air pasang kembali.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai menyifatkan ia adalah salah satu petanda untuk lebih berjaga-jaga dengan bencana yang kemungkinan terjadi.

“Mungkin ikan-ikan ini tahu apa yang akan terjadi, sebab itu mereka naik ke pantai. Sayangnya, kita tidak dapat memahami mereka,” komen Datos.

“Mereka mungkin rasa ada sesuatu yang ‘besar’ akan datang,” balas Margarita.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan gempa bumi sangat kuat bermagnitud 8.7 menggegarkan Semenanjung Kamchatka di rantau Timur Jauh Russia hari ini, mencetuskan ombak besar tsunami setinggi 4 meter (13 kaki) yang mendorong pemindahan penduduk -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI