fbpx
Mohd. Sufian (kiri) dan Maslinda (tengah) menunjukkan kelongsong peluru yang dilupuskan pada majlis itu. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/ KOSMO!

Kelonsong peluru, mesin bitcoin RM1.08 juta dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Kelongsong peluru dan timah merupakan antara bahan sisa elektronik (e-waste) bernilai RM1.08 juta yang dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superitenden Mohd. Sufian Amin berkata, kesemua barangan dilupuskan tersebut melibatkan 47 kertas siasatan daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD ini dari tahun 2016 hingga 2025.

“Daripada jumlah itu, satu kertas siasatan berkaitan rampasan 69 guni jumbo timah dan tembaga, empat tong sisa timah dan empat kotak kelongsong peluru dengan anggaran nilai rampasan RM412,225.

“Empat kertas siasatan lain pula melibatkan kes kontraban iaitu minuman keras dan rokok tidak bercukai yang dianggarkan RM425,000,” katanya ketika berucap pada majlis pelupusan di sini, hari ini

Pelupusan kesemua barang disaksikan Majistret Mahkamah Telok Datok, Maslinda Selamat.

Kata Mohd. Sufian, turut dilupuskan adalah 239 unit mesin bitcoin bernilai RM167,000 melibatkan enam kertas siasatan dan 84 unit set komputer dan telefon bimbit bernilai RM84,000 yang membabitkan 26 kertas siasatan.

“Pelupusan barangan kes ini yang telah selesai melalui prosiding mahkamah adalah paling terbesar di IPD Kuala Langat,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 50 tan anak peluru, kelongsong dan peluru hidup ditemui polis dalam sebuah serbuan terhadap sebuah kilang memproses E-waste haram di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada 15 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI