fbpx
Orang ramai meninggalkan kawasan pantai susulan amaran tsunami di wilayah Chiba, Tokyo hari ini. - AFP

Jepun dihentam tsunami lebih 1 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Jepun diilanda ombak tsunami setinggi lebih 1 meter hari ini, kesan daripada gempa bumi paling kuat dalam tempoh 14 tahun dengan jutaan penduduk berpindah, lapor laman berita MailOnline.

Gelombang tsunami melanda beberapa bahagian di Russia, Jepun dan Amerika Syarikat (AS) selepas gempa bumi bermagnitud 8.8 mengegarkan Semenanjung Kamchatka, Timur Jauh Russia.

Hampir dua juta penduduk Jepun diminta berpindah pagi tadi, dengan orang ramai meninggalkan kawasan pantai dengan menaiki kereta atau berjalan kaki ke kawasan lebih tinggi ketika ombak setinggi lebih 1 meter melanda pelabuhan di Iwate.

Arahan pemindahan turut dikeluarkan di beberapa bahagian Pantai Barat AS dan Colombia apabila ombak setinggi lebih 4 meter merebak merentasi Lautan Pasifik.

Gempa bumi hari ini adalah yang keenam terkuat pernah dicatatkan dan paling kuat di wilayah Kamchatka sejak 1952, dengan gegaran susulan mencecah magnitud 7.5.

Ini adalah gempa bumi terbesar di peringkat global sejak 2011, apabila gempa mega bermagnitud 9.1 melanda timur laut Jepun dan mengakibatkan 19,747 orang sama ada maut atau hilang . – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI