fbpx
GUARDIOLA bertekad memastikan City kembali digeruni kali ini selepas gagal memenangi sebarang trofi musim lalu. - MAN. CITY

Guardiola mahu berehat ‘15 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menutup terus ruang untuk beliau kembali ke Barcelona sebagai ketua jurulatih sebaik sahaja meninggalkan Etihad selepas kontraknya tamat pada Jun 2027.

Beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa The Citizens akan menjadi pasukan terakhir dalam kariernya apabila mengakui mahu berehat sekurang-kurangnya ‘15 tahun’ apabila meninggalkan City nanti.

Guardiola berkata, beliau sudah berfikir semasak-masaknya mengenai masa depan selepas meninggalkan City kerana mahu mendapatkan masa secukupnya untuk berehat serta meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Apa yang saya tahu sebaik sahaja meninggalkan City nanti, saya akan berhenti (menjadi jurulatih). Memang itu satu perkara yang pasti kerana saya sudah nekad mengambil keputusan seperti ini.

“Saya tidak tahu berapa lama saya berhenti, mungkin satu, dua ataupun 15 tahun. Apa yang pasti, saya akan berehat lama kerana perlu memberikan sepenuh fokus kepada badan dan diri sendiri,” katanya.

Selepas menamatkan saingan tanpa sebarang trofi buat kali pertama musim lalu, Guardiola melaungkan amaran The Citizens akan kembali untuk merampas semula takhta kejuaraan selepas membawa masuk ramai muka baharu.

“Harus diakui kami berdepan banyak masalah kecederaan tahun ini sehingga menjejaskan pasukan. Sekarang, saya fikir kami boleh kembali ke prestasi terbaik dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI