fbpx
Nabil tidak membenarkan anaknya, Mikayla menjalin hubungan cinta kerana usianya masih terlalu muda.

‘Belum tiba waktu, mungkin cinta monyet sebab dia baru 13 tahun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya tak pernah tengok video itu dan belum tiba masa untuk Mikayla bercinta.”

Demikian respons selebriti versatil, Nabil Ahmad mengenai video tular memaparkan gelagat mesra anak sulungnya, Nayla Mikayla atau Mika bersama seorang remaja lelaki dipercayai teman istimewanya.

Menurut Nabil, 42, dia tidak pernah menonton video tersebut selain menegaskan Mikayla yang baru berusia 13 tahun masih terlalu awal untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

“Saya ada dengar daripada orang lain mengenai perkara tersebut tapi belum pernah tengok video itu lagi.

“Namun, Zira pernah beritahu Mika memang ada berkawan dengan seseorang.

“Untuk saya, dia baru berumur 13 tahun dan belum tiba masanya lagi (bercinta), kalau ada pun mungkin cinta monyet,” katanya kepada Kosmo! Online selepas pengumuman Anugerah MeleTOP Era di sini, semalam.

Sedar dengan cabaran yang perlu dihadapi dalam mendidik remaja zaman sekarang, Nabil memberitahu dia juga mempunyai peraturan untuk anak-anaknya termasuk mengawal penggunaan gajet.

Dia bahkan mengakui cara untuk menegur anak-anak generasi sekarang menjadi satu dilema buat dirinya.

“Mika hanya dapat guna telefon bimbit pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, Isnin hingga Jumaat tidak dibenarkan.

“Sabtu dan Ahad dia dapat guna telefon, tak mahu juga dia ketinggalan serta tidak tahu apa yang terjadi tetapi sekarang sudah terlebih jadi. Sebelum ini saya tak pernah pantau telefon bimbit dia sebab selama ini Zira yang simpan.

“Sebenarnya ini yang menjadi konflik golongan bapa zaman sekarang, kalau tegur akan merajuk tetapi jika tidak diberitahu lain pula jadi,” ujarnya.

Bercerita lanjut, dia mula menyedari mengenai isu video tular itu selepas beberapa rakannya mengucapkan tahniah kerana dikatakan bakal menerima menantu.

“Masa saya mula dengar benda ini, beberapa orang tiba-tiba ucap tahniah pada saya sebab dapat menantu.

“Saya pun pelik sebab tidak pula ada yang merisik tetapi rupa-rupanya isu video tersebut. Saya ada tanya pada Zirah tetapi di tidak tahu pula.

Ujarnya, dia tidak pernah menyekat pergaulan anak-anaknya untuk berkawan dengan sesiapa tetapi semuanya harus di bawah pemantauan dia dan isteri.

“Kalau setakat berkawan di sekolah, saya tak boleh nak cakap apa. Budak-budak sekarang saya takut, lebih-lebih pula tak balik.

“Saya kenal kawan-kawan dia tetapi tak benarkan Mika bermalam di rumah kawan-kawan. Tapi kalau kawan-kawan dia nak tidur di rumah kami, saya okey,” ujarnya

Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik seorang lelaki bernama Aiman memaparkan gelagat mesranya dengan Mikayla.

Namun, video tersebut sudah dipadam daripada akaun TikToknya.

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Zirah atau Nazirah Ayub pada 30 September 2011.

Selain Mikayla, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Layla Medyna, 10, dan Mishall Imani yang kini berusia 6 tahun. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI