fbpx
Mohd Na’im ketika ditemui pemberita pada majlis peluncuran Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah di sini, hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/KOSMO!

1,600 kes bunuh diri direkod setahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,600 kes bunuh diri direkodkan dalam tempoh setahun lalu dengan kemurungan dikenal pasti sebagai antara punca utama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, gejala sosial yang semakin berleluasa kini menjadi punca utama tekanan mental sehingga mendorong segelintir remaja memilih untuk bunuh diri.

“Fakta dan statistik menunjukkan gejala sosial di negara ini semakin meningkat, gejala ini turut mencetuskan pelbagai masalah termasuk kemurungan yang boleh membawa kepada tindakan bunuh diri.

“Saya difahamkan seorang daripada setiap 10 pelajar mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.

“Justeru, kita berharap melalui penganjuran Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS), kesedaran dapat dipupuk agar mereka mencari jalan memperbaiki diri dan mendapatkan bantuan sewajarnya,” katanya selepas merasmikan J-KIS Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah di sini hari ini.

Terdahulu, dalam pogram tersebut, lebih 900 pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti menghadiri program ini yang bertujuan meningkatkan kefahaman tentang isu sosial seperti buli, salah guna dadah, pergaulan bebas dan gangguan mental.

Program itu katanya, turut diharapkan supaya para pelajar menjadi agen kepada perubahan di sekolah selain bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar.

Malah, program tersebut juga bakal diperluaskan kepada golongan dewasa dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri dan pelbagai pihak berkepentingan.

“Isu sosial bukan hanya melibatkan remaja, malah orang dewasa juga terdedah.

“Kita mahu seluruh masyarakat termasuk ibu bapa, jiran, NGO dan pihak swasta berganding bahu untuk mencegah gejala sosial kerana ini tanggungjawab bersama,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI