fbpx
Rubio berucap di Washington pada 3 Jun lalu. - AFP

Washington puji PM Malaysia usahakan gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjayakan perjanjian gencatan senjata segera dan tanpa syarat antara Thailand dan Kemboja. 

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara berkata, pihaknya menyambut baik pengisytiharaan gencatan senjata yang diumumkan semalam di Kuala Lumpur. 

“Presiden Donald Trump dan saya komited kepada penamatan segera keganasan dan mengharapkan Kemboja serta Thailand  mematuhi sepenuhnya komitmen yang telah dibuat bagi menamatkan konflik ini. 

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan beliau serta menjadi pengantara rundingan gencatan senjata,” katanya. 

Rubio turut memberi jaminan bahawa AS akan terus komited dan terlibat dalam proses rundingan bersama Malaysia bagi mencari penyelesaian damai. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI