fbpx
MOHD Shuhaily ketika mengadakan lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini.

‘Mohd. Shuhaily ‘pegang’, baru aku tahu AKPS ni apa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sejak dia pegang (memegang jawatan) ni, baru aku tahu AKPS tu apa. Terbaik Datuk Seri.”

Itu antara perkongsian orang ramai terhadap kredibiliti Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Malah menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ada yang menyifatkan keputusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melantik Mohd Shuhaily menyandang jawatan berkenaan adalah tepat.

Ia susulan ketegasan beliau dan pasukan dalam mempertahankan pintu masuk negara termasuk membanteras kegiatan ‘counter setting’.

Lantikan terbagus, orang yang paling sesuai dekat sempadan. Semoga sistem dekat sempadan bertambah baik,” komen @Steve.

“Terus tukar stail AKPS, wajib agresif jangan manja-manja. Keselamatan negara jadi caturan. Kami bersama Datuk Seri,” kata @Fizal Sanusi.

“Terbaik Datuk Seri, teruskan pemantauan sempadan,” ujar pengguna yang lain.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Mohd Shuhaily berazam memastikan peranan AKPS dapat memberi impak kepada masyarakat dalam masa terdekat.

Mohd. Shuhaily dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang telah bersara beberapa bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI