ERA teknologi yang kian berkembang bukan sahaja menyaksikan evolusi terhadap gajet atau barangan elektrik semata-mata. Sebaliknya, jenama cermin mata terkenal Ray-Ban tampil bergandingan dengan syarikat gergasi teknologi Meta menerusi produk baharu yang menggabungkan gaya hidup dan inovasi digital. Cermin mata pintar Ray-Ban Meta itu bukan sekadar menjadi aksesori fesyen tetapi hadir dengan pelbagai fungsi teknologi yang mampu mengubah landskap komunikasi dan interaksi. Mula memasuki pasaran tempatan pada bulan lalu, Ray-Ban Meta tampil dengan reka bentuk yang jauh berbeza daripada koleksi……