fbpx
Tangkap layar memaparkan sepasang suami isteri yang berjaya menghabiskan RM50,000 dalam masa dua hari untuk mendapatkan keahlian 'premium lounge'.

Dua hari, RM50k ‘lesap’ demi keahlian mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang lelaki tular di media sosial selepas dia dan pasangannya sanggup membelanjakan sebanyak RM50,000 dalam tempoh dua hari semata-mata untuk memenuhi syarat keahlian premium lounge di sebuah pusat beli-belah mewah terkenal.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @Richdadwilliam, dia memaklumkan bahawa setiap pelanggan yang berjaya mendapatkan keahlian tersebut bakal menikmati akses ruang rehat eksklusif, hidangan percuma serta servis peribadi seperti pembungkusan hadiah dan penghantaran barangan ke kereta atau rumah..

“Kami merupakan pasangan yang takut terlepas peluang yang ditawarkan oleh pusat beli-belah tersebut, atau dalam bahasa Hokien dikenali sebagai ‘kiasu’, yang bermaksud takut ketinggalan,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan pasangan tersebut yang sanggup berbelanja besar demi menikmati keistimewaan yang ditawarkan serta ada yang meninggalkan komen yang positif.

“Ini jenaka yang hanya golongan T20 sahaja boleh buat. Saya bangga melihat rakyat Malaysia seperti awak mampu berbelanja dengan mewah,” komen @Pira.

“Inilah jenis ‘fomo’ yang saya ingin jadi. Kalau lah semua orang boleh belanja sebanyak RM50,000 mesti untung banyak pusat beli-belah tersebut,” balas @Afiqsya.

“Ya Allah, sekiranya aku tidak berjodoh di dunia ini, kurniakanlah aku rezeki yang melimpah-ruah seperti ini di dunia,” komen @Nadiahkamalbahrin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI