fbpx
GAJAH liar (tengah) diapit dua ekor gajah denak ketika operasi memindahkan haiwan itu di Kampung Lasah, Sungai Siput, hari ini.

Warga emas demam terkejut lihat gajah depan mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Seorang wanita warga emas melalui detik mencemaskan apabila terserempak dengan gajah liar jantan ketika berada di kebun durian miliknya di Kampung Lasah, di sini pada Isnin lalu.

Mariam Hitam, 63, berkata, dia pergi ke kebun untuk mengutip durian pada pukul 9 pagi itu dan tidak menyedari kehadiran mamalia tersebut kerana menyangka batang pokok.

“Saya terkejut lihat gajah depan mata. BIasanya kita jumpa najis atau pokok yang dirosakkan gajah, tapi kali ini langsung tiada petunjuk (kehadiran gajah). Bunyi gajah pun tak kedengaran.

“Jadi saya tidak sedar haiwan tersebut berada begitu hampir dengan saya,” katanya ketika ditemui ketika operasi pemindahan gajah oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, di sini hari ini.

Cerita Mariam, bagaimanapun dia bersyukur kerana gajah itu membelakanginya sebelum berundur secara perlahan-lahan untuk menyelamatkan diri.

“Saya beritahu rakan mengenai kehadiran gajah, pada mulanya dia tidak percaya setelah diperiksa kami sekali lagi terperanjat apabila ternampak seekor lagi gajah jantan tidak jauh dari lokasi tersebut.

“Sepanjang tinggal di sini saya tidak pernah melihat gajah depan mata. Kejadian ini menyebabkan saya demam kerana terkejut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, dua gajah berusia 25 tahun seberat 2.5 tan itu daripada kumpulan ID Piah.

“Aduan mengenai gangguan gajah diterima sejak Februari, namun makin kerap pada bulan ini berikutan musim buah. Dua gajah itu akan dipindahkan ke habitat semula jadi yang lebih sesuai dan selamat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI