fbpx
Gambar hiasan.

Sindiket besi buruk, e-waste: SPRM rakam keterangan 32 individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 32 individu telah dipanggil dan dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini, bagi membantu siasatan kes sindiket penyeludupan besi buruk dan sisa elektronik (e-waste) di lima negeri.

Menurut sumber, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta SPRM berkaitan elemen rasuah dalam kes berkenaan.

“Seorang lelaki bergelar Datuk Seri turut dipanggil untuk memberi keterangan kerana dikaitkan dengan sindiket penyeludupan ini. Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya hari ini.

Tambahnya, jumlah sitaan dan pembekuan akaun setakat ini mencecah lebih RM332 juta.

Terdahulu, media melaporkan kegiatan menyeludup keluar besi buruk untuk dieksport yang diikrarkan sebagai barangan jentera dan logam lain, bertujuan mengelak cukai eksport sebanyak 15 peratus seperti yang ditetapkan kerajaan.

Difahamkan, ahli perniagaan bergelar Datuk Seri itu antara individu disiasat SPRM kerana dipercayai terbabit secara langsung dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Kegiatan sindiket tersebut terbongkar selepas SPRM melancarkan serbuan di lima negeri, susulan kerugian hasil cukai eksport kepada negara yang dianggarkan melebihi RM950 juta sejak enam tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI