fbpx
Gambar hiasan.

Ibu bapa gagal daftar anak sekolah menengah dicadang dikenakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 memperuntukkan penalti terhadap ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak mereka ke sekolah menengah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh ketika membentangkan RUU itu buat kali pertama di Dewan Rakyat berkata, penalti tersebut sebagai langkah memastikan kepatuhan undang-undang.

“Melalui pindaan ini, Seksyen 2 Akta 550 akan dipinda untuk memasukkan pendidikan menengah sebagai sebahagian daripada pendidikan wajib.

“Pindaan terhadap Seksyen 29A(2) menetapkan ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak didaftarkan ke sekolah rendah seawal usia enam tahun dan kekal bersekolah sehingga tamat tempoh pendidikan wajib,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kah Woh berkata, Fasal 2 RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 bertujuan meminda Seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bagi menggantikan takrif ‘pendidikan wajib’, termasuk pendidikan menengah.

Kata beliau, Fasal 3 pula bertujuan meminda Seksyen 29A(2) Akta 550 bagi memperuntukkan setiap ibu bapa memastikan anak mereka didaftarkan di sekolah rendah dan terus menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan rendah.

Tambah beliau, RUU yang sama juga memperkenalkan Seksyen 32A, yang memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menetapkan pendidikan menengah sebagai wajib membuat pengecualian tertentu serta menggubal peraturan pelaksanaannya.

Ujar beliau, pelaksanaan penuh cadangan itu dijangka melibatkan perbelanjaan tambahan kerajaan, namun jumlah sebenar kos tersebut masih belum dapat ditentukan.

Katanya, bacaan kali kedua dan ketiga RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 dijangka dibuat pada persidangan kali ini bagi memastikan pindaan diluluskan secepat mungkin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI