RAUB – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar individu yang enggan menerima Bantuan Sara Hidup (Sara) daripada kerajaan supaya menyalurkan wang tersebut ke tabung rumah ibadat.
Menurut beliau, bantuan yang diberikan kerajaan adalah demi kesejahteraan rakyat, dan bukan sesuatu yang wajar dipolitikkan.
“Saya tahu ada yang kata mereka tak mahu terima wang itu. Kalau betul, untuk orang Islam, ambil wang itu dan masuk ke tabung masjid.
“Begitu juga agama lain, salurkan ke tabung gereja, kuil atau tokong. Kalau betul jumlahnya itu dikatakan kecil, saya nak tengok berapa orang yang masukkan (ke dalam tabung), “katanya secara sinis ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Raub di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE